Sedeynya Yana baca statement Aidil Zafuan ni...
kisah rumah tangga dorang ni banyak memberikan pengajaran pada Yana...
You allz bole baca cerita selanjutnya disini
Tapi ini cuma pendapat Yana...tak niat nak menyinggung sesapa...
Aidil Zafuan sebagai Suami , Kembar Zakuan and Anak lelaki kepada keluarga dan Ayah kepada Rayyan and Arjuna....
- Sebagai Suami, Yana tak nampak sangat ketokohan Aidil sebagai ketua keluarga,Aidil tak berjaya membimbing Rita menjadi isteri seperti yang diingini... Leadership tu penting untuk mengukuhkan keharmonian rumah tangga..faktor usia bukan penghalang..sedangkan Nabi kita pun berkahwin dengan wanita yang berusia tapi berjaya membimbing isteri baginda..Aidil kurang ilmu suami...sekiranya jodoh mereka panjang, Yana harap Aidil belajar lagi mendalami ilmu agama..and ilmu2 untuk menjadi suami yang disegani..pasti boleh menjamin kerukunan rumah tangga mereka...tapi sekiranya tiada jodoh antara mereka..dan Aidil mungkin bertemu jodoh dengan orang lain...pastikan tidak mengulangi kesilapan ini...Communication itu penting diantara suami isteri...heart to heart talk...Listen to each other..
- Sebagai kembar kepada Zakuan, Yana faham Aidil pun tak suka Rita memburuk2kan Zakuan..Yana pun ada kembar, Yana faham perasaan kembar..dudk dalam perut pun sama2 ..perasaan lain..selalunya kembar ni bole faham and tegur sesama sendiri..Aidil pun mesti dah tau perangai Zakuan macam mana..jangan terima bulat2 apa yang diperkatakan oleh kembar hanya kerana mereka kembar..dan seorang kembar tak sepatutnya menginginkan perkara yang buruk berlaku kepada kembar seorang lagi..apa yang dilakukan oleh Zakuan jelas merosakkan lagi hubungan Aidil and Rita..Zakuan pun tak lama lagi bergelar seorang ayah...tak ada ka rasa kasihankan anak2 aidil yang hidup tanpa ayah mereka bersama2..?kalau la Zakuan and Ayu tak tolong Aidil keluar dari rumah setahun yang lalu, mungkin mereka masih bahagia bersama...mungkin Arjuna dapat merasa kasih sayang ayahnya..bayangkan Arjuna sangat kecik masa Aidil tinggalkan rumah..tak rasa berdosakah Zakuan buat macam tu pada anak Aidil?
- Aidil sebagai anak lelaki dalam keluarga..Aidil memang sayangkan keluarga dia..and patuh kepada mereka..tapi kerana cinta , sanggup pula Aidil membelakangkan keluarga dan berkahwin dengan Rita di Thailand..kenapa tak ikut nasihat keluarga masa tu? Sedangkan Aidil tahu keluarga tak restu..bila dah berkahwin and ada anak, ada masalah, baru terasa menyesal? Baru nak dengar kata2 keluarga? Semua ni dah terlambat...Aidil kena berusaha bagi family dia terima Rita..sebab Rita isteri Aidil, ibu kepada anak2 Aidil, Rita hanya harapkan Aidil untuk protect Rita disaat keluarga Aidil semua tak menerima dia..tapi Aidil tak protect Rita..Aidil tak cuba betul2..sekeras2 hati isteri, kalau kena betul caranya pasti bole menyatukan Rita dengan keluarga Aidil..
- Aidil sebagai Ayah Rayyan and Arjuna...pasti sangat kurang kenangan manis mereka bersama...Aidil tertinggal saat gigi pertama Arjuna and Rayyan tumbuh, saat pertama kali mereka mula meniarap,merangkak and berjalan, Aidil tiada disaat pertama kali mereka pandai menyebut 'mommy' or 'daddy'..kasihan pada Aidil yang tak dapat merasa nikmat seorang ayah..
Bangun Aidil..bangun menjadi lelaki sejati..Sayangi Rita and Anak2..jadilah suami yang paling terbaik untuk Rita..and jadilah ayah yang terbaik untuk Rayyan and Arjuna..and Satukan Rita dengan keluarga Aidil..Aidil mesti bole buat..cuba Aidil..
Yana sentiasa mendoakan kebahagian mereka..tak sanggup tengok keluarga mereka berpecah belah...
![]() |
| Saat 2 bahagia mereka bersama... |























